CABARAN REMAJA
Perubahan-perubahan fizikal, emosi dan sosial semasa remaja memberi kesan terhadap kesihatan mental.
Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Remaja
* Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri
* Sering merasa diri disalahfahamkan dan dipersalahkan
* Merasa diri dilayan secara tidak adil
* Kesunyian
* Sukar memahami emosi
* Susah membuat keputusan
Hubungan Dengan IbuBapa
Remaja yang mempunyai hubungan baik dengan ibubapa mereka sering menjalin perhubungan yang mesra dengan orang lain. Mereka juga kurang mengalami masalah kesihatan mental.
Cara-Cara Menjalin Perhubungan Yang Lebih Rapat Dengan IbuBapa
* Menghormati dan sedia meneriam tunjuk-ajar dan teguran mereka
* Membincangkan masalah anda dengan mereka
* Meluahkan perasaan dan pendapat anda secata terus terang
* Tunjukkan kasih sayang anda melalui kata-kata ataupun perbuatan
*Cuba memahami masalah dan beban ibubapa anda
* Meraikan harijadi mereka
* Ingatlah bahawa ibubapa menyayangi anda dan mahukan yang terbaik untuk anda
MENANGANI EMOSI
Keupayaan memahami emosi adalah penting di dalam kehidupan harian
Apabila Anda Merasa Marah
* Tarik nafas sedalam-dalamnya. Beredar dari suasana tegang (jika perlu)
* Berfikir sebelum bertindak
* Tanya diri sendiri
o Kenapa saya marah ?
o Apalah punca masalah ?
o Apakah yang telah saya lakukan ?
PENYELESAIAN KONFLIK
* Kenalpasti punca konflik
* Dengan dulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain
* Nyatakan apa yang anda kehendaki dan mengapa anda marah
* Janganlah menyalahkan orang lain
* Tumpukan perhatian kepada tindakan yang menyebabkan konflik
* Bertenang semasa menerangkan pendapat anda
* Bincangkan bersama cara-cara penyelesaian masalah
* Carilah penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak
Remaja yang Positif
* Bertimbang rasa
* Yakin terhadap diri sendiri
* Sedia menerima nasihat dan teguran
* Sabar
* Bertanggungjawab
* Rajin dan suka menolong
* Mahir berkomunikasi
Kementerian Kesihatan Malaysia, Amalakan Kesihatan Mental Yang Baik
Tidak ada komentar:
Posting Komentar